Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim memuji tindakan ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Shamsul Anuar Nasarah kerana sanggup melepaskan jawatan Menteri Tenaga dan Sumber Asli demi partinya pada Selasa lalu.
Shamsul menjadi Menteri Umno pertama yang melepaskan jawatan dalam kerajaan Muhyiddin.
Peletakan jawatan beliau selaras dengan ketetapan Umno yang menarik sokongan terhadap kerajaan PN serta Muhyiddin.
Sumber video: https://www.facebook.com/anwaribrahim.keadilan/videos/549143896287128