Kerajaan PN agak degil, tutup mata, tutup telinga - Rafidah Aziz

2021-08-04 1

Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Rafidah Aziz menzahirkan kekecewaan melihat kepada sikap kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang tidak mengambil kira pandangan pakar.

“Kerajaan sekarang ini agak degil, tutup mata, tutup telinga… segala cadangan baik yang dikemukakan pakar tidak diambil kira pihak kerajaan.

“Kerajaan lebih memilih untuk laksana dengan cara mereka tersendiri,” ujar beliau lagi.

Beliau berkata demikian ketika bercakap di Forum Selamatkan Malaysia bersama bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, semalam.

Sumber video:
https://www.facebook.com/ResetMalaysia.org/videos/418871696110588