Kerajaan Perikatan Nasional (PN) dilihat semakin hilang kepercayaan berikutan kemarahan rakyat akibat usaha-usaha yang dilakukan tidak mempamerkan sebarang hasil, kata bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Rafidah Aziz.
Beliau turut menyifatkan kerajaan ketika ini ibarat ‘itik tempang’ apabila isu pandemik Covid-19 gagal diatasi sebaik mungkin.
Beliau berkata demikian ketika bercakap di Forum Selamatkan Malaysia bersama bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, semalam.
Sumber video:
https://www.facebook.com/ResetMalaysia.org/videos/418871696110588