Sidang ditangguh 15 minit selepas istana keluar kenyataan

2021-07-29 8

Sidang Khas Dewan Rakyat ditangguhkan selama 15 minit selepas beberapa ahli parlimen meminta penjelasan berhubung kenyataan media yang dikeluarkan Istana Negara.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat Rashid Hasnon kemudian mengumumkan penangguhan 15 minit agar satu perbincangan boleh diadakan mengenai perkara itu.