'Ada baki 3 juta dos Sinovac, kenapa tak jual pada kerajaan negeri?'

2021-07-28 447

Pharmaniaga Berhad mempunyai lebihan 3.2 juta dos vaksin Sinovac dalam simpanannya, kata Noh Omar (BN-Tanjung Karang) kepada Dewan Rakyat hari ini.

Noh berkata demikian ketika mempersoalkan mengapa kerajaan negeri dan syarikat swasta masih belum boleh membeli sendiri vaksin untuk keperluan mereka.