'Dua menteri hadir mesyuarat sama, tapi sebut status berbeza?'

2021-07-28 1,437

Saifuddin Nasution (PH-Kulim-Bandar Bharu) membangkitkan kekeliruan yang timbul berhubung status pembatalan ordinan darurat yang diumumkan oleh Menteri Undang-Undang, Takiyuddin Hassan.

Ini susulan dakwaan yang dibuat Menteri Wilayah Persekutuan, Annuar Musa semalam bahawa pembatalan ordinan darurat terbabit masih 'dalam proses'.