Langkah kerajaan mempelbagaikan portfolio vaksin dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) berjaya meningkatkan kadar vaksinasi negara dan menjadikan Malaysia antara terpantas di dunia.
Menurut Menteri Penyelaras PICK Khairy Jamaluddin, negara berjaya memberi lebih 500 ribu suntikan untuk dua hari berturut-turut dan sebanyak 553,871 dos telah diberikan semalam.