'Menteri jangan tidur, ini tanggungjawab kamu!' - Dr Dzul

2021-07-27 3,912

Dr Dzulkefly Ahmad (PH-Kuala Selangor) hari ini membidas Kementerian Kesihatan kerana tidak berkongsi data mentah Covid-19 dengan kerajaan Selangor sejak 10 bulan lalu.

Bekas menteri kesihatan itu turut mengkritik Menteri Kesihatan Dr Adham Baba kerana tidak mengambil maklum mengenai situasi itu.

Terdahulu Dr Adham menjelaskan, KKM telah mula berkongsi data rasmi Covid-19 kepada umum melalui platform Github.