Dr Dzulkefly Ahmad (PH-Kuala Selangor) membidas KKM kerana mengambil masa terlalu lama untuk menerima keputusan ujian RTK-Antigen sebagai langkah pencegahan awal bagi mengurus kes Covid-19.
Bekas Menteri Kesihatan itu juga tidak dapat menyembunyikan kekecewaannya apabila menyentuh mengenai kes yang tinggi di Selangor serta kes-kes kematian sebelum tiba ke hospital (BID).