'Speaker jangan bersekongkol dengan orang yang kelirukan dewan!'

2021-07-27 565

Pihak pembangkang terus menggesa Menteri Hal Ehwal Undang-Undang Takiyuddin Hassan untuk menjelaskan sekiranya pembatalan ordinan darurat telah diperkenan Agong.

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim berkata, Speaker Dewan Rakyat Azhar Harun tidak sepatutnya membenarkan Takiyuddin berselindung di belakang Speaker untuk mengelirukan dewan.

Terdahulu Takiyuddin menjelaskan, penerangan berhubung pembatalan ordinan darurat hanya akan dibuat pada Isnin depan seperti diumumkan Azhar semalam.