Azmin bawa kad besar pertahan hujah kluster tempat kerja

2021-07-26 3,584

Isu kluster tempat kerja yang didakwa punca peningkatan kes Covid-19 dalam negara antara yang hangat dibahas di sidang khas Parlimen hari ini.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Mohamed Azmin Ali hari ini turut membawa kad-kad besar beserta data KKM bagi menguatkan hujahnya mengenai kluster berkenaan.

Bagaimanapun tindakan menteri kanan itu ditertawakan oleh ahli-ahli Parlimen pembangkang sehingga mencetuskan kekecohan.

Free Traffic Exchange