Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menggesa kerajaan untuk segera menyelesaikan permasalahan yang dihadapi 23,000 doktor-doktor kontrak berhubung jaminan dan peluang kerjaya mereka.
Ahli Parlimen Port Dickson itu turut membidas tindakan kerajaan yang mengancam akan mengambil tindakan tatatertib terhadap mereka yang menyertai #HartalDoktorKontrak di seluruh negara hari ini.