13,215 kes Covid-19 baru, 6,120 kes di Selangor

2021-07-15 83

Kes baru Covid-19 di Malaysia sekali lagi merekodkan angka tertinggi hari ini dengan 13,215 kes, hari ketiga berturut-turut kes baru mencatat rekod tertinggi dan melangkaui lima angka.

Jumlah terbaru menjadikan kes aktif sebanyak 108,369 dan jumlah keseluruhan sebanyak 880,782 kes.

Selangor terus mencatakan kes tertinggi dengan 6,120 kes.

Sebanyak 110 kes kematian baru dicatatkan, menjadikan jumlah kes kematian mencecah 6,613.

Sumber video: https://www.facebook.com/RadioTelevisyenMalaysia/videos/515490426435378