Kerajaan akan meminta Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) untuk menilai semula kelonggaran peraturan bagi penerima dos lengkap vaksin Covid-19, kata Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.
Perdana Menteri itu turut meminta rakyat untuk 'bersabar' dan tidak terpengaruh dengan kempen-kempen yang mendakwa kerajaan gagal menangani pandemik Covid-19.
Muhyiddin berkata demikian kepada RTM pagi ini selepas merasmikan Program Bakul Prihatin Negara.
Sumber video: https://www.youtube.com/watch?v=5O1KHDgQ6i8