Pekerja kilang kawasan PKPD wajib disaring dua kali seminggu - Azmin

2021-07-12 1,037

Semua pekerja sektor perkilangan dan pembuatan wajib menjalani ujian saringan RTK sebanyak dua kali dalam tempoh seminggu bermula 7 Julai lalu

Perkara itu dinyatakan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Azmin Ali.

Menurut Azmin, langkah awal itu bagi memperketatkan lagi syarat kebenaran pengoperasian kilang di kawasan PKPD di Selangor.