'Covid-19: Kes kematian di rumah meningkat, tak sepatutnya berlaku' - Pakar

2021-07-07 1,404

Anggota Majlis Sains Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr Adeeba Kamarulzaman berkata peningkatan jumlah kematian di rumah atau brought-in-dead (BID) melibatkan wabak Covid-19 tidak sepatutnya berlaku di negara ini.

Beliau yang juga merupakan pakar penyakit berjangkit berkata ini kerana negara ini mempunyai sistem kesihatan yang baik oleh itu apabila kes melibatkan BID itu meningkat, amat membimbangkan.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panel dalam program Reset Malaysia: Permasalahan dan Solusi yang disiarkan secara maya pada hari ini.

Sumber video: https://www.facebook.com/ResetMalaysia.org/videos/949949855783907

Free Traffic Exchange