AstraZeneca perlu memaklumkan kepada Kesatuan Eropah (EU) bahawa formulasi menghasilkan vaksin itu adalah sama di semua kemudahan.
Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin berkata, tiada alasan untuk EU mendiskriminasi mana-mana kemudahan vaksin AstraZeneca.
Terdahulu, EU mengatakan mereka hanya mengiktiraf vaksin AstraZeneca yang diluluskan Agensi Perubatan Eropah (EMA).
Sumber video: https://www.facebook.com/officialmosti/videos/3022054281361828