Parlimen bersidang sebelum 1 Ogos, dimuktamad 7 Julai

2021-07-02 3

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin telah memutuskan akan memanggil sidang Parlimen sebelum darurat tamat, iaitu pada 1 Ogos 2021.

Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Takiyuddin Hassan hari ini.

Terdahulu, Pakatan Harapan memberi kata dua kepada Perdana Menteri untuk mengumumkan langkah-langkah konkrit supaya parlimen bersidang sebelum 1 Ogos.