Tiga ketua AMK Negeri Sembilan turut tentang Akmal

2021-07-02 3

Pergolakan dalam kepimpinan Pemuda PKR semakin 'panas' apabila majoriti cawangan di Negeri Sembilan menentang ketua sayap parti itu, Akmal Nasir.



Tiga daripada lima cabang parti itu di Rembau, Rasah, dan Port Dickson membidas keputusan Akmal memecat beberapa pimpinan AMK tanpa melalui proses sewajarnya.


Tindakan Akmal, kata mereka dilihat sengaja "mensabotaj usaha" Presiden PKR, Anwar Ibrahim menumpukan serangan terhadap kerajaan PN.