Veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah memuji Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang memanggil sidang parlimen diadakan segera dengan menyifatkan baginda sebagai berjiwa rakyat.
Namun katanya, pemimpin-pemimpin yang mewakili rakyat pula yang tidak berjiwa rakyat dengan melengah-lengahkan persidangan parlimen.
Justeru, beliau mencadangkan pemimpin-pemimpin tersebut tidak lagi memegang jawatan kerana tidak menjalankan perintah Agong.
Sumber video: https://www.facebook.com/tengku.razaleighhamzah/videos/247564970467754