Pengasas perisian McAfee ditemui mati dalam penjara

2021-06-24 582

Pengasas perisian antivirus kelahiran Britain, John McAfee ditemui mati di sebuah penjara di Barcelona semalam, disyaki membunuh diri.

Kejadian itu berlaku sehari selepas mahkamah tinggi Sepanyol membenarkannya diekstradisi ke Amerika Syarikat atas tuduhan mengelak cukai.

Laporan oleh Reuters.