Sindiket tawar kerja palsu tumpas, 22 ditangkap - Polis Johor

2021-06-23 136

Polis Johor berjaya menumpaskan satu sindiket tawaran kerja palsu untuk menjadi ejen syarikat e-dagang terkemuka, yang mensasarkan rakyat Singapura dan juga tempatan

Ketua Polis Johor Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, serbuan dijalankan pada kira-kira jam 4 petang hingga 11 malam oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Johor di empat buah premis kediaman di Kota Tinggi.

Seramai 22 suspek yang bekerja di pusat panggilan dan menyamar sebagai pekerja aplikasi e-dagang itu telah ditahan dalam serbuan terbabit.

Sumber video: https://fb.watch/6izkactO2c/