Vaksin Cansino akan diberi ke kawasan pedalaman - Khairy

2021-06-18 304

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaludin mengatakan negeri-negeri dengan kawasan pedalaman akan ditawarkan vaksin CanSino.

Vaksin satu dos itu akan memudahkan petugas kesihatan memvaksinasi penduduk di kawasan pedalaman, kerana tidak perlu memasuki kawasan tersebut dua kali.

Penghantaran pertama vaksin CanSino dijangka tiba pada pertengahan bulan Julai sebelum diedarkan ke negeri-negeri.

Sumber video: https://www.facebook.com/officialmosti/videos/860613037882736