Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim membidas cara Menteri Takiyuddin Hassan dalam menjawab titah Yang di-Pertuan Agong untuk segera membuka Parlimen secara biadap.
"Menteri di Jabatan Perdana Menteri masih mahu besilat dan bertikam lidah cara paling lemah dan hambar, iaitu Tuanku tidak menetapkan tarikh."
Takiyuddin dalam sebuah program bual bicara yang disiarkan di media sosial kelmarin berkata, Agong hanya menitahkan agar parlimen segera bersidang.
Katanya, baginda tidak menitahkan bilakah tarikh yang tepat untuk parlimen kembali dibuka.
Sumber video: https://www.facebook.com/anwaribrahim.keadilan/videos/394760221844707