'Darurat bawa kejayaan besar dalam tangani Covid-19' - Takiyuddin

2021-06-17 364

Pelaksanaan proklamasi darurat sejak 11 Januari lalu disifatkan mendatangkan kejayaan besar dalam usaha mengekang penularan wabak Covid-19 di Malaysia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang)Takiyuddin Hassan, yakin tiada pihak boleh menafikan bahawa proklamasi darurat sejak 11 Januari lalu, berjaya mengekang peningkatan kes Covid-19 daripada mencecah puluhan ribu sehari.

Beliau berkata demikian pada Bicara Harakah bertajuk 'Proklamasi Darurat: Berjaya atau Sebaliknya' yang disiarkan secara maya, semalam.

Sumber video: https://www.facebook.com/196573983368/videos/313121697139241