Menteri Kesihatan Dr Adham Baba hari ini mendedahkan bahawa negara ini memiliki 761 daripada jumlah keseluruhan 2,462 kluster Covid-19 yang masih aktif.
Katanya kluster tempat kerja juga dilihat meningkat ketika ini.
Beliau berkata demikian pada sidang media bersama Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin.