'Saya minta Parlimen bersidang semula' - Mat Sabu

2021-06-09 572

Parlimen harus segera bersidang semula kerana rakyat ingin mengetahui rancangan kerajaan dalam mengatasi wabak Covid-19, kata Presiden Amanah Mohamad Sabu.

Menurut Mohamad, dia menyampaikan perkara itu ketika menghadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah di Istana Negara awal pagi ini.

Katanya juga, tiada perbincangan mengenai keabsahan kerajaan sekarang dibangkitkan dalam pertemuan tersebut.