Muhyiddin Yassin beredar meninggalkan Istana Negara pada 8.56 pagi selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah selama sejam.
Terdahulu Perdana Menteri memasuki pekarangan istana dengan menaiki kenderaan rasmi kira-kira jam pada 7.50 pagi tadi.
Untuk rekod, pada keadaan biasa memang menjadi kelaziman untuk Muhyiddin menghadap Agong sebelum mempengerusikan mesyuarat mingguan kabinet pada setiap Rabu