PKR akur arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) supaya menangguhkan Kongres Nasional PKR 2020 yang dijadualkan pada Ahad dan akan mengumumkan tarikh baharu kongres itu kelak.
Setiausaha Agungnya, Saifuddin Nasution Ismail berkata, tindakan meneruskan kongres boleh menyebabkan parti itu dikenakan tindakan di bawah Ordinan Darurat.
Menurut Saifuddin Nasution, PKR akan mendapatkan nasihat MKN serta Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) sebelum menyambung semula kongres tersebut supaya perkara sama tidak berulang.
Sumber video: https://fb.watch/5Y3usHPk-3/