'Jangan bodohkan rakyat dengan unjuran tak masuk akal'

2021-06-05 230

Angkatan Muda Keadilan menggesa kerajaan untuk tidak memberi data dan unjuran pertumbuhan ekonomi yang tidak realistik sehingga boleh memberikan gambaran yang salah kepada rakyat.

Dalam ucapan dasarnya di Kongres Nasional AMK 2020, ketua AMK Akmal Nasrullah Mohd Nasir turut mengkritik dasar ekonomi kerajaan yang disifatkannya tersasar dari hakikat ekonomi sebenar dalam negara.