Seorang tahanan di IPD Klang Selatan yang meninggal dunia ketika dalam tahanan polis semalam, maut kerana melarikan diri dengan terjun dari tingkat dua ke tingkat satu.
Menurut Ketua Polis Selangor Arjunaidi Mohamed, Umar Faruq Abdullah @ Hemananthan terjun dari tingkap ketika menuruni tangga sambil diiringi seorang pegawai penyiasat.
Semalam, M Manoharan - peguam keluarga Umar Faruq Abdullah @ Hemanathan - mendakwa ada sesuatu yang "sangat tidak betul" berhubung kematian Allahyarham sehari selepas ditangkap.