Jika kerajaan negeri nak beli vaksin Moderna, Sinopharm silakan tapi.. - KJ

2021-06-03 2,182

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin berkata kerajaan tiada halangan jika ada pihak di negara ini yang berhasrat membeli sendiri vaksin Covid-19 selain dari Pfizer, Astrazeneca dan Sinovac.

Walau bagaimanapun menurutnya, pihak itu mestilah mendapat kelulusan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).

Selain itu beliau berkata kerajaan tidak sekat mana-mana pihak yang ingin membeli vaksin namun harus memberi keutamaan kepada kerajaan pusat mendapatkan bekalan vaksin secukupnya terlebih dahulu.

Sumber video: https://fb.watch/5U5K0-SOUr/

Free Traffic Exchange