'Projek Keadilan untuk Semua' yang dibentuk oleh 4 anggota Parlimen dan sepasukan peguam sukarelawan mendesak pihak berkuasa untuk menerapkan SOP Covid-19 di lokap dan penjara, seperti penjarakan sosial dan pemakaian pelitup muka untuk tahanan.
Dalam sidang media dalam talian hari ini, pasukan itu mencadangkan lima tindakan yang harus diambil, antaranya membekalkan pelitup muka kepada tahanan, mengadakan ujian saringan Covid-19 yang kerap, serta mengutamakan pemberian vaksin kepada banduan dan kakitangan penjara