Penjujukan genom yang dilakukan Institut Penyelidikan Perubatan di bawah Kementerian Kesihatan mendapati terdapat peningkatan varian Covid-19 B.1.351 Afrika Selatan di negara ini.
Penjujukan terbaru itu mendapati satu pertiga daripadanya berasal dari varian Afrika Selatan, berdasarkan kepada 78 daripada 448 sampel jujukan.
Daripada 78 kes varian Afrika Selatan, kebanyakannya terdapat di Selangor dan Kelantan.