Profesor Adeeba, kalau dia betul suruh dia jumpa saya - KP Bomba

2021-05-31 1

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Mohammad Hamdan Wahid semalam mempertahankan operasi sanitasi awam sebagai langkah pencegahan penularan Covid-19.

Dalam sidang medianya bersama Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin, beliau berkata
langkah itu disyorkan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) dan Kementerian Kesihatan (KKM).

Semalam, pakar penyakit berjangkit Dr Adeeba Kamarulzaman menggambarkan bahawa operasi sanitasi awam itu - yang diadakan di 284 lokasi di seluruh negara - adalah pembaziran sumber daya yang terhad.

Sumber video: Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM)

Free Traffic Exchange