Serangan udara yang dilancarkan Israel terhadap Gaza sejak kebelakangan ini berkemungkinan dianggap sebagai jenayah perang.
Pesuruhjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Hak Asasi Manusia, Michelle Bachelet, mengutarakan pendirian sedemikian memandangkan pihaknya tidak menemui sebarang bukti yang menunjukkan bangunan diserang di Gaza digunakan untuk tujuan ketenteraan.
Sebelum perjanjian damai dicapai Jumaat lalu, Kementerian Kesihatan Gaza berkata, serangan udara dan tembakan senjata didalangi Israel terhadap Gaza membunuh 253 rakyat Palestin, termasuk 66 kanak-kanak serta mencederakan lebih 1,900 yang lain, sepanjang konflik yang berlarutan sepanjang 11 hari.