'Ibu mengandung disaran ambil vaksin tempoh 14 hingga 33 minggu hamil' - KJ

2021-05-25 194

Pemberian vaksin Covid-19 terhadap golongan ibu mengandung hendaklah terlebih dahulu mendapatkan nasihat daripada pegawai perubatan.

Bagaimanapun, Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin berkata, golongan ini disarankan untuk menerima vaksin pada tempoh 14 hingga 33 minggu hamil berdasarkan panduan yang telah dikeluarkan.