Kerajaan negeri Selangor tidak bersetuju dengan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) lebih ketat atau 'full lockdown' bagi membendung penularan wabak Covid-19 di negeri itu.
Pengerusi Selangor Task Force Covid-19, Dr Dzulkefly Ahmad berkata cadangan itu perlu dipertimbangkan kerana ia bukan sahaja memberi kesan kepada ekonomi isi rumah, malah akan memberi tekanan kepada banyak pihak.
Sumber: https://fb.watch/5ArdYLlNhY/