Belum reda kes rentas negeri untuk membeli karpet, kini selebriti terkenal Neelofa didakwa ingkar SOP lagi.
Selebriti itu dan keluarganya didakwa ingkar SOP apabila berkumpul di sebuah rumah di Kuala Lumpur semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Anuar Omar mengesahkan, satu laporan polis telah dibuat pada Isnin susulan video yang tular melibatkan keluarga selebriti terbabit.