'Solidariti bukan jenayah' - 6 disiasat kerana solidariti Fahmi Reza

2021-05-10 301

Individu yang memilih untuk memberikan solidariti tidak seharusnya disiasat oleh polis, kata organisasi masyarakat sivil yang bergabung sebagai 'Kluster Kebebasan Bersuara'.

Gabungan itu juga mendesak pihak polis untuk menghormati hak rakyat bagi menyuarakan perbezaan pendapat.

Ini berikutan siasatan polis terhadap lapan individu termasuk Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil berhubung kehadiran mereka di luar balai polis Dang Wangi pada24 April lalu sebagai solidariti kepada pereka grafik Fahmi Reza.

Free Traffic Exchange