Dr Mahathir Mohamad mempertahankan keputusannya melantik Abdul Hamid Bador sebagai ketua polis negara (IGP) ketika dia menjadi perdana menteri buat kali kedua.
Dalam wawancaranya bersama Malaysiapost semalam, beliau berkata antara sebab dia membuat pilihan itu adalah kerana yakin Abdul Hamid berupaya memulihkan imej polis yang terpalit dengan penyelewengan dan rasuah.