Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan menggesa SPRM menyiasat pendedahan dibuat bekas Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador, mengenai dakwaan unsur rasuah dalam tindakan lompat parti.
Katanya, beliau juga yakin pemimpin Umno yang bertindak melompat parti sebelum ini telah dijanjikan imbuhan wang dan jawatan.
Ahmad berkata demikian dalam wawancara 75 tahun Umno bersama Umno Online yang disiarkan malam tadi.
Sumber video: https://www.facebook.com/mediaumnomalaysia/videos/520103452348734