Simpati dengan nasib seorang kanak-kanak berusia 12 tahun yang baru kematian ibu bapanya dipercayai akibat Covid-19, pendakwah terkenal Ebit Lew membantu kanak-kanak tersebut yang menjadi gelandangan di Bukit Raja, Klang.
Menerusi hantaran di Facebook semalam, Ebit berkata dia bergegas ke sana setelah mendapat maklumat daripada orang ramai berkenaan perkara itu.