PKP Selangor: PH tuntut penjelasan KPM mengenai sesi sekolah

2021-05-05 1

Pakatan Harapan menggesa kerajaan segera memperincikan SOP bagi sekolah di Selangor yang akan diletakkan di bawah PKP bermula esok hingga 17 Mei.

Jawatankuasa pendidikan PH itu turut menyebut sehingga kini Kementerian Pendidikan Malaysia masih belum memaklumkan SOP bagi sekolah yang berada di kawasan berkenaan.