Ziarah raya di kawasan PKP hanya pada 1 Syawal, PKPB 1 hingga 3 Syawal

2021-05-04 1,014

Aktiviti ziarah sempena Aidilfitri bagi kawasan bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hanya dibenarkan pada 1 Syawal, dengan jumlah tetamu tidak melebihi 15 orang pada satu-satu masa.

Manakala bagi kawasan bawah PKP Bersyarat dan Pemulihan, aktiviti ziarah hanya dibenarkan dari 1 hingga 3 Syawal, dengan syarat ketat, kata Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob.

Jumlah tetamu bagi kawasan PKPB diterhadkan kepada 20 orang pada satu-satu masa, manakala bagi kawasan PKPP pula 25 orang.

Sumber video: https://www.facebook.com/BeritaRTM/videos/515962339411852