'Hamid Bador bukan calang-calang orang' - Pemuda PH gesa SPRM siasat

2021-05-04 1,839

Pemuda PH hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung tiga isu mutakhir ini membabitkan kenyataan bekas ketua polis negara (IGP) Abdul Hamid Bador serta isu berkaitan Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin.

Mereka membuat aduan berkenaan kenyataan Abdul Hamid berhubung amalan rasuah dalam perbuatan lompat parti oleh ahli politik.

Laporan itu dibuat di bangunan SPRM Kuala Lumpur hari ini.

Sumber video: https://www.facebook.com/suarakeadilanofficial/videos/151922336877739

Free Traffic Exchange