'Tak perlu balik pada tradisi presiden Umno mesti jadi PM' - Shahrir

2021-05-04 2,090

Veteran Umno, Shahrir Samad berpandangan bahawa parti itu tidak boleh lagi berpegang pada tradisi presiden Umno mestilah menjadi calon perdana menteri.

Dia berkata, Umno tidak boleh lagi mengamalkan konsep one man show atau seorang tokoh saja bertindak sebagai dominan dan menguasai segala-galanya.

Katanya, soal calon perdana menteri sememangnya penting dan Umno hari ini masih belum mempunyai calonnya.

Sumber video: https://www.facebook.com/MajlisProfesorNegara/videos/293472902382834