Pemimpin Pakatan Harapan (PH) menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat dakwaan bekas Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador berhubung campur tangan politik dalam pasukan itu.
Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fahmi Fadzil berkata, sebuah portal berita melaporkan mengenai pendedahan Abdul Hamid mendakwa wujud campur tangan Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin untuk menentukan jawatan Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman bagi tujuan karier politik individu itu.