Vaksin Covid-19 jenis AstraZeneca ditawarkan secara sukarela selepas Jawatankuasa Jaminan Akses Vaksin (JKJAV) mendapati 8,000 individu yang mendaftar untuk mendapatkan vaksin membatalkan pendaftaran masing-masing.
Perkara itu dinyatakan oleh Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin dalam sidang medianya hari ini.
Sementara itu katanya, pemberian vaksin AstraZeneca secara sukarela akan diperluaskan ke seluruh negara apabila negara menerima sejumlah 1.1 juta tempahan kedua dos vaksin itu dari fasiliti COVAX bulan ini.
Terdahulu kerajaan memutuskan untuk menawarkan AstraZeneca secara sukarela ekoran kebimbangan isu komplikasi darah beku yang sangat jarang berlaku yang dikaitkan dengan vaksin berkenaan.