Tiga hari sebelum melepaskan jawatan, Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador mengeluh berkaitan campur tangan politik oleh Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainuddin dalam pasukannya.
Malah, beliau mengakui tidak mempunyai hubungan yang baik dengan Hamzah kerana mendakwa menteri itu telah mula campur tangan sejak mula dilantik selepas pertukaran kerajaan.
Hamid berkata, perkara itu telah pun disampaikan kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.
Beliau juga membangkitkan kelemahan Suruhanjaya Perkhidmatan Polis (SPP) yang menurutnya tiada pejabat dan bermesyuarat hanya empat kali setahun.